Disenchanted – MCR #np
Sebenarnya masa mula mula abah bagitau yang kita akan ada oversea
trip, abah nak pergi Guilin, China. Aku ikut je, sebab yelah, aku bukan ada apa
apa sumbangan dalam trip ni pun. Maka ikut je la orang nak bawa ke mana.
Tapi sebab jadual cuti aku yang berterabur hari tu, tarikh ke
Guilin tak kene dengan cuti aku. So option lain abah pilih Vietnam. Jujur aku
kata, aku lagi suka. Haha.
Kenapa kau tanya?
Sebab aku peminat setia Variety Show Running Man, dan hari tu crew
Running Man, ada buat episode di Vietnam HCM dan Hanoi. Konon macam menjejaki
footprints diaorang. Ceh.
Sebelum ni, Running Man ada juga ke Hong Kong, jadi setiap detik
aku di Hong Kong hari tu, buat aku tergelak sorang sorang sebab teringat
gelagat Running Man.
Cuma kebetulan je.
Hasil pertapaan aku hari kedua di HCM penuh dengan kisah sejarah.
Abah memang suka benda benda macam ni.
Tunnel Chu Chi
Kalau nak diceritakan sejarah detail berkenaan terowong ini, mahu
berjela. Tapi basically dia macam ni la
-
Perang Vietnam, ketika Perang Dingin
(ingat dulu sejarah ada belajar kan)
-
Vietnam Vs Siapa? Dia ada 2 pihak
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan
-
Yang Utara gengnya negara Cina dan
Kesatuan Soviet, yang selatan gengnya Amerika, NZ dan Korea Selatan
-
Yang menang , surprisingly Vietnam Utara.
Aku pun kagum dgn Vietnam Utara boleh menang dengan Amerika, salah
satu faktor sebab terowong ni juga lah. Boleh katakana genius tentera Vietnam
Utara ni.
Apa tujuan terowong?
Sebagai tempat perlindungan dan kawasan tentera VU (Vietnam Utara)
membuat persediaan.
Jangan ingat terowong ni tinggi, rendah je, dalam 70-80 cm je, so
kalau nak masuk, memang kene bongkok, itupun sempit lagi. Iyalah zaman dulu,
depa depa ni korek manual je kot.
Yang bernas nye terowong ni, bukan straight je, dia banyak jalan,
dan banyak juga dead end bagi mengelirukan tentera AS.
Terowong ni gak akan lead kan ke safe house VU , yang mana kat situ
lah penduduk kampung masak dan merawat .
Sistem pengudaraan pun ada kau tau, time aku dengar penjelasan dari
Hang, aku serious speechless dengan taktik tentera VU ni.
Antara teknik ketenteraan yang pada aku bernas kebabomm
-
Booby Trap, ada gambar kat bawah,
nanti kome tengok
-
Selipar/Kasut Bercelaru, kan kalau
kita jalan akan tinggal kesan tapak kasut so nanti musuh boleh tau lokasi kita,so
kasut bercelaru ni telah dimodifidekan bentuk selipar yang kanan belah depan
dan yang kiri belah belakang. So musuh akan konfius dengan jejak kita.
Brilliant woii.
-
Peluru Recycle, tentera VU tak
banyak modal, so depa kutip je sisa sisa tentera AS punya peluru dan cairkan
buat peluru baru and lagi powerrr
Haa ini salah satu pintu masuk terowong
Sumpah kecil weh
Ni salah satu trap yg tentera VU
Sakit sakit
Menderita tentera AS, Hang kata, they die slowly because of this
perghhh macam cite Saw
Hang kata kat Vietnam pun ada durian
Abah konon nak jadi tentera
Kakcik berjaya masuk team tentera
Pew pew pew - Abah
Kan aku dah kata kecil, ini pun pihak sana modified kasi tourist boleh masuk, kalau tak lagiiiii rendah
Lepas lunch kami ke Gudang Jualan Telekung.
Vietnam memang popular
dengan jualan baju kurung, kain, dan telekung yang murah tahap macam kau nak
borong 50 pasang untuk kau sorang.
Baju kurung RM25 siap manik bling bling weh
Kain sutera RM35 je, boleh buat stok kain baju raya 7 tahun
Telekung RM30, tapi kat KL jual beratus ratus
Destinasi kedua di Muzium Vietnam, maka di sini bersambung lagi
sejarah Vietnam War.
Kat sini, banyak cerita pasal kesan selepas perang tu, apa jadi
dengan tahanan semua.
Menyayat hati kot. Tapi ramai gak tourist Amerika yang datang, aku
tak tau apa perasaan dieorang bila tengok tentera tentera dieorang gak yg kejam
gila time perang.
Pastu kata kita yg Islam ni terrorist. Geram.
Destinasi ketiga ke bangunan Parlimen kot, aku pun tak pasti, tapi
macam Rumah Rasmi President la juga kot.
Time ni aku dah penat gila sampai rasa nak pengsan pun ada, so aku
ignore semua apa Hang explain.
Abah masih khusyuk.
Kakcik setia amik gambar.
Aku cari mana mana kipas or aircond yang ada.
Suhu Vietnam sama je macam Malaysia, panas lembab, tapi selalu
hujan sekejap. Aku panggil hujan bersin.
Sikit dia punya hujan macam langit tu bersin je.
Destinasi Akhir Water Puppet Show
Haaa, yang ini kalau yang tengok episode RM Vietnam, depa dapat
mission from water puppet show ni lah.
Dia macam ala wayang kulit kita, tapi dia guna puppet dan ada air.
Memang power.
Ada dalam 1 jam lebih lebih show dia. Best best.
Malam tu, dinner kat kedai tak mana aku ingat, tapi apa yang aku
ingat that night was my first purchase in Vietnam.
Aku bukan jenis shopping sangat, tapi kalau sampai part beli
makanan, aku memang laju.
Maka, first purchase aku adalah Roti Canai Pisang dengan sos
cokelat. Nak aku gambarkan kesedapan dia
, MasyaAllah, nikmat gilaaaaa.
Pakcik yang buat tu, orang Malaysia gak, Batang Kali je pun, haha,
dekat dah Rawang tu.
Pakcik tu duk 5 tahun dah, bujang lagi. Tapi bisnes boleh tahan la sebab orang Vietnam ni pun boleh tahan suka roti canai, yang best, sorang order 3. Steady betul.
Borong jangan tak borong
Serba sedikit tentang sejarah
Abah ada tanduk
Water Puppet Show
Sekian kot, untuk hasil pertapaan hari kedua. Kira cukup rajin la
aku nak update.