Monday, October 21, 2013

Bertapa Di Negara Komunis : Vietnam #2


Disenchanted – MCR #np

Sebenarnya masa mula mula abah bagitau yang kita akan ada oversea trip, abah nak pergi Guilin, China. Aku ikut je, sebab yelah, aku bukan ada apa apa sumbangan dalam trip ni pun. Maka ikut je la orang nak bawa ke mana.

Tapi sebab jadual cuti aku yang berterabur hari tu, tarikh ke Guilin tak kene dengan cuti aku. So option lain abah pilih Vietnam. Jujur aku kata, aku lagi suka. Haha.

Kenapa kau tanya?

Sebab aku peminat setia Variety Show Running Man, dan hari tu crew Running Man, ada buat episode di Vietnam HCM dan Hanoi. Konon macam menjejaki footprints diaorang. Ceh.

Sebelum ni, Running Man ada juga ke Hong Kong, jadi setiap detik aku di Hong Kong hari tu, buat aku tergelak sorang sorang sebab teringat gelagat Running Man.

Cuma kebetulan je.

Hasil pertapaan aku hari kedua di HCM penuh dengan kisah sejarah. Abah memang suka benda benda macam ni.

Tunnel Chu Chi

Kalau nak diceritakan sejarah detail berkenaan terowong ini, mahu berjela. Tapi basically dia macam ni la
-          Perang Vietnam, ketika Perang Dingin (ingat dulu sejarah ada belajar kan)

-          Vietnam Vs Siapa? Dia ada 2 pihak Vietnam Utara dan Vietnam Selatan

-          Yang Utara gengnya negara Cina dan Kesatuan Soviet, yang selatan gengnya Amerika, NZ dan Korea Selatan

-          Yang menang , surprisingly Vietnam Utara.

Aku pun kagum dgn Vietnam Utara boleh menang dengan Amerika, salah satu faktor sebab terowong ni juga lah. Boleh katakana genius tentera Vietnam Utara ni.

Apa tujuan terowong?

Sebagai tempat perlindungan dan kawasan tentera VU (Vietnam Utara) membuat persediaan.
Jangan ingat terowong ni tinggi, rendah je, dalam 70-80 cm je, so kalau nak masuk, memang kene bongkok, itupun sempit lagi. Iyalah zaman dulu, depa depa ni korek manual je kot.

Yang bernas nye terowong ni, bukan straight je, dia banyak jalan, dan banyak juga dead end bagi mengelirukan tentera AS.

Terowong ni gak akan lead kan ke safe house VU , yang mana kat situ lah penduduk kampung masak dan merawat .

Sistem pengudaraan pun ada kau tau, time aku dengar penjelasan dari Hang, aku serious speechless dengan taktik tentera VU ni.

Antara teknik ketenteraan yang pada aku bernas kebabomm

-          Booby Trap, ada gambar kat bawah, nanti kome tengok

-          Selipar/Kasut Bercelaru, kan kalau kita jalan akan tinggal kesan tapak kasut so nanti musuh boleh tau lokasi kita,so kasut bercelaru ni telah dimodifidekan bentuk selipar yang kanan belah depan dan yang kiri belah belakang. So musuh akan konfius dengan jejak kita. Brilliant woii.

-          Peluru Recycle, tentera VU tak banyak modal, so depa kutip je sisa sisa tentera AS punya peluru dan cairkan buat peluru baru and lagi powerrr


Haa ini salah satu pintu masuk terowong
Sumpah kecil weh


Ni salah satu trap yg tentera VU
Sakit sakit
Menderita tentera AS, Hang kata, they die slowly because of this
perghhh macam cite Saw


 Hang kata kat Vietnam pun ada durian


Abah konon nak jadi tentera


Kakcik berjaya masuk team tentera 


Pew pew pew - Abah


Kan aku dah kata kecil, ini pun pihak sana modified kasi tourist boleh masuk, kalau tak lagiiiii rendah


Oh ini hotel yg kami duduk

Lepas lunch kami ke Gudang Jualan Telekung. 
Vietnam memang popular dengan jualan baju kurung, kain, dan telekung yang murah tahap macam kau nak borong 50 pasang untuk kau sorang.

Baju kurung RM25 siap manik bling bling weh
Kain sutera RM35 je, boleh buat stok kain baju raya 7 tahun
Telekung RM30, tapi kat KL jual beratus ratus

Destinasi kedua di Muzium Vietnam, maka di sini bersambung lagi sejarah Vietnam War.

Kat sini, banyak cerita pasal kesan selepas perang tu, apa jadi dengan tahanan semua.
Menyayat hati kot. Tapi ramai gak tourist Amerika yang datang, aku tak tau apa perasaan dieorang bila tengok tentera tentera dieorang gak yg kejam gila time perang.

Pastu kata kita yg Islam ni terrorist. Geram.

Destinasi ketiga ke bangunan Parlimen kot, aku pun tak pasti, tapi macam Rumah Rasmi President la juga kot.

Time ni aku dah penat gila sampai rasa nak pengsan pun ada, so aku ignore semua apa Hang explain.

Abah masih khusyuk.

Kakcik setia amik gambar.

Aku cari mana mana kipas or aircond yang ada.


Suhu Vietnam sama je macam Malaysia, panas lembab, tapi selalu hujan sekejap. Aku panggil hujan bersin.
Sikit dia punya hujan macam langit tu bersin je.

Destinasi Akhir Water Puppet Show

Haaa, yang ini kalau yang tengok episode RM Vietnam, depa dapat mission from water puppet show ni lah.
Dia macam ala wayang kulit kita, tapi dia guna puppet dan ada air. Memang power.

Ada dalam 1 jam lebih lebih show dia. Best best.

Malam tu, dinner kat kedai tak mana aku ingat, tapi apa yang aku ingat that night was my first purchase in Vietnam.

Aku bukan jenis shopping sangat, tapi kalau sampai part beli makanan, aku memang laju.

Maka, first purchase aku adalah Roti Canai Pisang dengan sos cokelat. Nak aku gambarkan kesedapan dia  , MasyaAllah, nikmat gilaaaaa.

Pakcik yang buat tu, orang Malaysia gak, Batang Kali je pun, haha, dekat dah Rawang tu.

Pakcik tu duk 5 tahun dah, bujang lagi. Tapi bisnes boleh tahan la sebab orang Vietnam ni pun boleh tahan suka roti canai, yang best, sorang order 3. Steady betul.


Borong jangan tak borong


Serba sedikit tentang sejarah



Abah ada tanduk 


Water Puppet Show



Sekian kot, untuk hasil pertapaan hari kedua. Kira cukup rajin la aku nak update.


Thursday, October 17, 2013

Bertapa Di Negara Komunis : Vietnam #1

Fall Out Boy - From Under The Cork Tree Playlist #np

Masa aku kecik kecik dulu aku banyak travel, ikut ayah aku outstation sana sini, UK, China, Australia. Malang sekali masa itu aku terlalu kecil untuk proses sebarang data yang berlaku di sekeliling aku, maka tiada sebarang data yang tersimpan berkenaan trip berikut. Sadis.

Oleh itu, sewaktu aku tingkatan 2, aku berpeluang ke UK sekali lagi untuk melawat kakak. Abah telah memesan selepas trip UK kali ini, aku perlu menyediakan satu karangan berkenaan trip UK.

Agaknya abah sedang dalam mode : Mendidik Anak

Selepas peristiwa tersebut, sudah jadi kebiasaan setiap kali aku travel ke mana-mana, aku akan catat setiap  peristiwa yang menarik.

Jadi aku persembahkan kisah menarik ( mungkin aku je yang tertarik ) hasil pertapaan aku di negara komunis selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh.


Motor Vs Kereta

Touchdown saja di HCM, kami di sambut baik oleh tour guide kami, Hang. Oh ye, trip kali ini, tidak seperti trip HK & Shen Zhen yang mana kami bergerak secara tour group. Trip vietnam cuma melibatkan aku,abah dan kakcik. Maka tidak banyak gelaran yang boleh kami berikan ( sila rujuk post lama, kalau takpaham )

Serious weh, like seriously and literally banyak gila kebabommm motor di HCM berbanding kereta. Major kereta pun adalah teksi atau kenderaan syarikat travel agents.

Apa yang buat aku tertarik ialah sikap mereka yang masing-masing sangat sangat tenang di jalan raya. Jika diperhatikan tiada sebarang emosi bermain di jalan raya. Sungguh tenang.


Seperti dalam catatan buku nota : Motor - Care free, Special lane, 4 people


Disebabkan terlalu banyak kebabommm motor di jalan raya, para penunggang disediakan lane khas untuk mereka. Dari 3 lane, 2 lane milik penunggang motorsikal. Lane kereta dan motor dipisahkan dengan divider jalan. Ketika dalam kereta travel agent, jujur aku kata, termangu seketika kerana kejutan budaya gamaknya.

Memang standard satu motor ditunggangi oleh 4 manusia. To the extend, 3 dewasa dan 1 kanak-kanak. Compact betul. Tapi memang betul steady. It's a norm for them.

Kampung Melayu

Selalu kita dengar China Town je kan? Ini tidak, di HCM ada Kampung Melayu. Serious ramai pelancong dari Malaysia yang turun ke sini. Hotel pun nama standard Melayu.

Makcik legend

Untuk makan malam, kami bersantap di kedai Halal @ Saigon. Untuk pengetahuan anda, Saigon adalah nama HCM sebelum mereka merdeka dari jajahan Amerika.

Nak dijadikan cerita, pada dinding di kedai tersebut terdapat gambar suasana HCM. Yang menarik perhatian ialah gambar makcik tua yang sedang menjual kerang bakar gitu. Dari gaya gambar, macam dah lama, tapi menurut guide kami, Hang, makcik tu masih aktif menjual di lorong Ben Thanh. Ben Thanh market ni macam ala pasar malam yang kopem kopem pelancong datang untuk memborong membeli menawar barang barang.

Surprisingly, kami jumpa makcik berkenaan. Muka sumpah sama macam dalam gambar as macam tak tua tua pun.

Nak beli apa yang dijual, tapi akibat kekenyangan melampau, kami mampu ambil gambar sahaja.

Kedai Compact 2 Tingkat

Seusai makan malam, kami berjalan di Ben Thanh market. Jujur aku cakap sungguh warna warni kawasan ni. Dari barang-barang yang dijual sehingga various pelancong yang datang dari pelusuk dunia.

Majority backpackers la, yang ada gaya gaya hipster gitu.

Kakak aku pernah bagi tau, kalau backpackers, depa tak bawak baju pun, sampai satu destinasi, malam tu depa pi borong baju yang murah murah tu. Macam I <3 Vietnam ke, senang cerita pakaian depa blasah beli time tu gak.

Ini tips untuk aku yang bakal berbackpacking satu hari nanti. Entoh bila.

Oh ye, pasal kedai tu, tak rare mana pun, cuma infrastructure dia lain macam sebab kedai kecik gila, compact tapi buat 2 tingkat. So lain dari yang lain.

Van Coffee Shop

Dalam catatan buku nota cuma aku catat : Hipster. Maka itu saja aku boleh berikan.

Sebenarnya post ni agak terlewat gara gara busy dengan kehidupan Uni, dah lama sangat tertunda sampai buku catatan yang aku bawa ke Vietnam, dah misplaced.

So aku update just based on gambar gambar yang diambil.


 Ini negara jajahan Amerika, maka pemandu berada di sebelah kanan 


Untung ada travel guide ni, semua sejarah diceritakannya



Nampak gambar dalam frame tu?
Itu pakcik Ho Chi Minh
Percaya tak percaya, ini pejabat pos mereka, seriously cantikkk


Charlie's Angles In Vietnam


Kebetulan Church kat depan tengah bagi ceramah, maka ramailah penganut khusyuk mendengar

Ini macam tugu negara depa
Ignore kanak kanak riang di bawah itu


Ha, ini gambar yang aku kata makcik legend, kiri gambar kat kedai, kanan gambar real life



Sebagai student Food Biotech, aku sangat tertarik dengan packaging Dutch Lady di Vietnam
Ha, tekalah mana satu full cream, low fat and fresh 


Ini kedai compact 2 tingkat


Ini dia kampung Melayuuuuu


Ramai gilaaa tourists


Ada dua kemungkinan,
1) Air limau ais ni sangat hebat, sampai kene letak "The Limau Ais"
2) Auto correct dalam Word

Aku pilih no 1
Haha


Hipster Coffee Shop





Thursday, September 5, 2013

Of PSP, 4flat and Korea

Plan nak breakfast dengan member lama, seri, afiq, nae dan daus terpaksa tunda gara-gara hujan.

Haish.

Sebab korang la aku mandi awal.



Semalam tengahari sedang aku gigih lipat kain, umi hantar muqry sekolah, abah berdialog dengan aku

"Kak, you dah lunch belum?"

"Belum"

"Umi ada masak?"

"Masak nasi je"

"Nak makan luar tak?"

"Boleeeeeee sangat"

"Nak makan apa?"

"Nasi ayam traffic light and then boleh tak kita pi masukkan duit raya I kat Tabung Haji?"

"Hmm, boleh gak, I pun nak buat alignment tayar kereta you, semalam service kereta pesona dengan Ah Cai , dia tak de alat untuk setting alignment tayar so kene buat kat rawang"


Masa sambut awal syawal, aku jealous tengok adik aku main PSP, jadi hajatnya kalau cukup duit raya mahu beli PSP sendiri.

Namun hajat tidak kesampaian apabila dapat result sem 2 kali ini yang jatuh sedikit. Maka dipasang azam untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan 4 flat.

Plan awal hendak disimpan dalam bank Islam sahaja duit raya kali ini, tapi pabila difikirkan kadar dividen tabung haji yang berpatutan, baik disimpan dalam TH, cukup bulan dapat dividen baaaaaaikk punnyaaaaa.


Buat deal dengan abah,

"Abah, kalau I dapat 4 flat, nak cuti pi Korea boleh tak?"

Abah senyum sinis. Tidak pasti untuk bersetuju atau tidak.



Semalam ke Rawang tidak bersama umi, katanya banyak lagi kain perlu dilipat. Ibu mithalilah katakan.

Sebelum gerak ke Rawang, umi berdialog

"Kak, kasut purple you, selesa lah"

Gambar hiasan

Ha sudah, mak aku suka pulak crocs purple gabak aku. Crocs aku lagi cantik dari gambar di atas, warna Lakers. Purple dan kuning. Malang sekali Muqry kata aku kelihatan seperti badut apabila memakainya. 



AAA1013 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH
ADA2012 AKIDAH ISLAM
MGA1023 PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN
SBP2013 PRINSIP SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
SBP2023 KIMIA MAKANAN
SSS2022 SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS
UTK2012 PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH



Tak sabar nak mula semester baru.
Tak sabar nak family day dengan satu keluarga Food Biotech.
Tak sabar nak main Netball untuk Open UM.


Akhir sekali tak sabar nak kejar 4 flat dan pergi Koreaaaaaaa.


Post yang paling random pernah aku tulis.


Konon layan hujan blues.


Layan punya layan, akhirnya aku lepas level Survival Plants Vs Zombie.



A'ah aku dah 20 dan masih main game kanak-kanak.







Wednesday, September 4, 2013

FOMO


On Top Of The World - Imagine Dragons #np (lagu ini aku dengar time aku taip tajuk je, gara-gara hilang mood, terus masuk draft. Lalu tarik selimut dan tidur)

Keesokkan harinya, lepas sidai baju dan masih dalam pyjama

On Laptop.

Cek Twitter, Facebook.

Nak layan youtube, broadband dah sampai limit.

Kita sambung lah post blog semalam yang tergendala.

Terus klik file bernama 'indie' pada desktop yang mengandungi lagu dari artis seperti Bunkface, Arctic Monkeys, Couple, Bittersweet, just to name a few.

Nampak sangat bercelaru otak aku sekarang sampai intro pun meleret.

Apa itu FOMO?

Fear Of Missing Out

Kesan daripada laptop dihantar ke klinik 3 hari dan pembelian charger baru, aku terputus hubungan dari alam maya. Aku mempunyai banyak masa untuk diluang tanpa meratapi laptop seperti zombi.

Masa terluang digunakan dengan cemerlang apabila aku berjaya membaca surat khabar yang stoknya dari sebulan lepas. Dari Utusan Malaysia, The Star, dan The Sun. Dalam sedang membelek-belek ruangan artikel, satu artikel menarik perhatian aku. Ya, artikel FOMO.

Fear Of Missing Out ini merupakan satu sindrom yang mana pengguna laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter akan berasa takut atau resah sekiranya tidak dapat melihat perkembangan di laman sosial sebegitu.

Artikel ini sebenarnya menyentap jiwa aku sebenarnya, kebetulan laptop aku tiada dalam pegangan.

Defined as a fear of one’s social standing or how one is perceived among peers, and a need to constantly know what is happening and what others are doing, FOMO flourishes through social networking.
Before the advent of Facebook, Twitter, Instagram and the like, many of us had no idea what others were up to, and therefore didn’t feel that we were missing out on anything. But now it seems that some of us are often left feeling disgruntled by the status updates posted by family, friends and colleagues

Agaknya sense of promoting everything on sosial media sudah berlarutan dan makin parah sehinggakan Oxford sudah mengambil perkataan FOMO sebagai perkataan rasmi.



Itu tak termasuk perkataan Twerk lagi. Dahsyat sungguh.



Oh ye, aku baru letakkan aplikasi Followers pada blog aku ni, sebab ada juga manusia yang mahu follow aku.




Monday, September 2, 2013

Tanda Putera


So so soooo many controversial comments and reviews on this one particular film don't you think?

As you can see from the poster, this movie was postponed not once but twice. Showing there are some hot issues going on over here.

In conjunction of celebrating our Independence Day, my dad brought the whole family to watch this movie. Regardless all the negative comments and reviews on this movie, I believe to watch first and then judge it for myself.

Firstly this review is from my own perspective and my own opinion. Again, I don't take sides, especially in political side of view.

I do admit, I am one of those groups which believe " Why watch malay movies in cinema? No quality, better watch western movies, with great and beyond visual effects" . But after involving a bit in videography and cinematography, I now do understand how much work and effort one can give into producing just one short film, so a movie, much much more work have to be done.

Nevertheless, it depends on the plot of the movie too, if it's another ghost story or some mat rempit movie, I'd passed. After watching my 2nd Malay movie in a cinema which is KIL, ( 1st one was in 2011 Ombak Rindu, this was due to my hangout with my school friends, it was between Ombak Rindu or being alone outside of the cinema, of course I choose being with my friends )  It opened my eyes on Malaysians' products. Not just in movies, also in short films.

The thing is, there are so many good movies and short films out there but not in the mainstream market. So as an audience I can assume that, only in the cinemas are the products of Malaysians filmmakers have. Not more than that. On the contrary, there are lots more beyond the mainstream media. The problem might encounter due to lack of audience market, racist issue and maybe the movie was just too deep and with that thought being afraid the Malaysians would not even understand the whole movie. (I think that happened with KIL, from my point of view).

Shuhaimi Baba or Shumi ( her manja name ) strongly advised to the people for to watch the movie first and  then judge. And her main objective was to make a  fictional biographical film about the 2nd prime minister of Malaysia Tun Abdul Razak (father of current Prime Minister Najib )  and his then deputy Tun Dr Ismail set around the time after the 1969 racial riots. In her defense, the film is mainly about the friendship between Tun Razak and Tun Dr Ismail, while the May 13 incident is merely a backdrop to the film.The research process for the movie took almost 1 year. From universities, interviews, libraries, the whole crew made a great effort in making this movie. But to be honest, to cramp a very historic event in a 2 hour movie is very very hard.

For me, the main actors, Rusdi Ramli as Abdul Razak bin Hussein and Zizan Nin as Ismail bin Abdul Rahman had made a good effort in portraying our legend heroes. Even before the shooting starts, all the main actors have to go for history classes for 2 weeks and 1 month of training and practice. But a bit disappointing with the extras and cameo for the riots, some of them are not showing full of hatred with each other. Just maybe, they are amateurs in the first place. 

From the cinematography and CGI effects point of view, I have to say it is kind of obvious to see CGI effects almost everywhere, but than again, it is good to see we are improving in this kind of visual effects rather than popping out ghost here and then. Don't compare with the high quality CGI's from the western movies but still it's a start. Kudos to KRU too, because they were among the early companies brave enough or maybe rich enough to use CGI in a movie and nailed it. Even this Tanda Putera movie shoots in KRU's studios. Again, kudos.

I do admit, I cried along watching the movie, because it was really inspiring to watch how 2 men sacrificed a lot in saving this nation. Also, how hard it is to unite the people, how hard it is to protect the country from crumbling after the May 13 incident. The OST for this movie really played a big role in making this movie a success.

I'm from the 90's generation and after watching a movie about two leaders that I've never felt their existence before this, it really changed my thoughts towards our leaders. Don't get me wrong, before this I just know that Allahyarham Tun Abdul Razak was the Bapa Pembangunan and some facts about his background but now Allahyarham Tun Abdul Razak has my most respect of all. And Dr. Ismail, seriously before this I hardly knew him, but now to know how he sacrificed a lot in defending our country, hats off to you sir. Am glad to have such great warriors in our country. 

I am not saying Tanda Putera is the best movie I watched, but to have a movie that builds up my patriotic values once in a while is good enough for me. Even watching the BTS of this movie gave me chills.

About The New Village movie issue, I can't wait to see it for myself though it may be banned. I want to see it for myself and judge if it is a double standard to allow Tanda Putera to be shown and not The New Village.
I mean the Malaysians are not that shallow to believe that the communists are the hero to all of this.

For me,sometimes there are no right nor wrong in history, but only different point of views. That's why we in Malaysia write the Independence history differently from the colonialist. Of course to them, the famous Mat Kilau is not a warrior but only a nuisance. 

For the record, I'm glad to be a part of the Negaraku program, where before watching a movie in a cinema, we have to sing Negaraku. I sang very loud and clear in my defense, because I do admit, I am a bit of a patriotic type of girl. 

Selamat Hari Raya Merdeka to all ! 

I love Malaysia even more after my trip to Vietnam.





Last year's merdeka photoshoot at home. 









Saturday, August 24, 2013

Duta Jacobs



Kalau gambar ni, boleh ke kiri lagi, ada banyak lagi tin jacobs, tapi tak masuk frame pulak.

Inilah hasil abah kumpul tin biskut jacobs selama beberapa tahun.

Tapi dalam 3-4 tahun ni, abah beli yang refill packet saje, katanya lebih murah.

Tapi andai kata dia beli juga yang tin, memang dah tak muat pun nak letak.

Tujuan abah kumpul? Kata beliau, ini harta pusaka, boleh jual tin dan dapat duit.

Haaaa, rare tak, tin jacobs pun boleh jadi harta pusaka.

Aku tengah tunggu pihak Jacobs contact kiteorg untuk buat iklan promosi Jacobs kat rumah (angan-angan)

Korang jangan terkejut, satu hari nanti, tengah tengok drama melayu tetiba keluar iklan Jacobs, terpampang muka satu satu family aku.



Selamat Hari Rayayaya !

Anugerah Syawal - Bunkface #np (lagu ni memang best sampai tekan replay 79 kali pun tak bosan)

Agak outdated juga post pasal raya tahun ni, kononnya busy dengan MASUM.

MASUM? Majlis Sukan Universiti, ramai member davix ingat aku masuk Basketball, tapi hakikatnya aku masuk Netball. Sejak masuk Uni, aku tukar profession dah.

Kembali kepada tajuk asal, pasal raya.

Preparation raya tahun ni sekadar baju raya, kasut raya, tudung raya is not in the budget.



Memang hakikat pun, raya first after solat raya, kami sekeluarga dijemput direct ke rumah kawan abah utk beraya.

Tapi masalahnya, memang habit kami kaum hawa keluarga Manaf, jika ke surau, kami akan sarung telekung terus, tanpa bawa tudung. Macam ala pergi terawih gitu.

Haaaa, memang nasib kami lah, beraya rumah orang dengan telekung, nak update sikit, kebetulan aku pakai crocs purple gabak aku tuh, silap tak amik gambar je.

Dalam fikiran aku,

" Macam mana nak elak rendang tumpah kat telekung ni? "

Jangan risau, tiada sebarang tumpahan berlaku. 

Aku rasa sangat steady time tu, mana pernah dibuat orang beraya rumah orang dengan full telekung dengan crocs ungu. Rare gitu.


Ok sekian raya pertama, kita masuk acara tahunan , iaitu konvoi raya. Tahun ini serious last minit punya preparation, tapi berjaya juga.

Kali ini, aku tahan sikit nafsu makan aku, sbb kononnye kena jaga badan untuk MASUM. 

Overall, success juga konvoi tahun ni, tak puas, rasa nak borak borak lagi, tapi malangnya petang tu, aku nak kene gerak balik USIM utk latihan pusat bola jaring.






Bak kata lilot " gambar raya family tak penah tak rare "

Akhir kata, Selamat Hari Rayyyyaaaaaaaa ! *gaya sam bunkface nyanyi*