Aku curang
Aku curang.
Dulu masa
darjah 4, aku minat N. Pada mulanya sahaja nak main-main, tapi tak sangka jadi
serious. Darjah 5, hubungan aku dengan N makin rapat, kalau tak jumpa sehari,
rasa tak lengkap. Kalau tak jumpa N, rasa sakit, tak sihat. Sampai darjah 6 aku
bersama N, namun sebab aku dapat tawaran SBP, aku tinggalkan N. Sebenarnya aku
dapat sekolah sukan, semua sebab pertolongan N. Kalau dulu aku terima tawaran
sekolah sukan, aku boleh kekalkan hubungan aku dengan N. Tapi nak buat macam mana
bukan jodoh.
Masuk
tingkatan 1,aku masih berjinak dengan keadaan yang baru. Tingkatan 2 aku jumpa B. B agak complicated
juga, tapi setiap aku sabar dengan B. Tiap-tiap petang aku meluangkan masa
untuk B, walaupun sibuk dengan kerja rumah yang cikgu bagi, aku tetap wajib
luangkan masa untuk B. Tetapi hubungan kami tidak begitu indah, aku sering jatuh
sakit. Namun, aku sabar dengan B dan akhirnya aku makin sayang dengan B malah
tidak boleh berpisah. Tingkatan 5 hubungan aku dengan B memang akrab, aku
sanggup berpanas pukul 1 tengahari semata-mata nak luangkan masa untuk B. Apabila
SPM makin hampir, aku stress dan B sentiasa menemani aku. B tempat aku
berkongsi cerita dan B juga tempat aku menangis.
Apabila aku
masuk Universiti, aku sudah jarang meluangkan masa untuk B, sibuk agaknya.
Namun, sekiranya ada event, aku akan usahakan untuk luangkan masa untuk B.
Walaupun aku tak seperti dulu, B tetap terima aku.
Akan tetapi
baru-baru ini, aku terjumpa N di university. Aku jadi buntu, untuk pilih B atau
N. Tetapi jika bandingkan masa aku, aku banyak meluangkan masa bersama B. N dan
B walaupun agak sama, mereka dua-dua ada kelainan. N lembut dan tidak pernah
buat aku penat. B pula, sedikit ganas akan tetapi aku suka kekasarannya.
Aku
dalam dilema, N atau B.
Malam tadi
aku curang, aku luangkan masa bersama N, akan tetapi aku layan N seperti mana
aku layan B sewaktu dahulu. Tidak bolehkah sekiranya seorang gadis ingin
kedua-dua?
N dan B,
dua-dua aku sayang
Netball atau
Basketball?
Aku sayang
gila kat Basketball, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Hanya Netball yang ada
di Universiti aku.
Apa? Korang
ingat aku cakap pasal boypren boypren ke hape?
Hua Hua Hua
Buat suspen je.
Tapi andai kata korang dah agak Netball and Basketball, korang mmg hati mulia gila
Ha, dah, scroll balik atas, baca dengan fahaman yang betul.
Tapi serious
aku rasa curang gila main netball tapi main gaya basketball malam tadi.
No comments:
Post a Comment