Sinopsis – bukan dari buku
Nipis, Sofia, Kamarul, Alif dan Ana satu geng. Malam
menyambut tahun baru mereka ke Sunway untuk meraikannya. Namun apa yang mereka
tidak sedar, salah seorang daripada mereka telah terkena virus zombie. Maka
merebaklah wabak ini ke kawasan Lembah Klang dan seterusnya ke seluruh negara.
Nipis percaya bahawa di Putrajaya terdapat satu safe house di mana kerajaan
telah bekerjasama dengan pihak US sekiranya Singapore mengebom Malaysia.
Apabila Malaysia menjadi Zombijaya, nilai kemanusiaan sudah tidak diendahkan,
hidup atau mati, itu sahaja yang penting.
Plot
Disebabkan ini first time aku baca buku keluaran buku FIXI
aku tak tau nak expect apa. In the end aku puas hatilah. Lagipun ini first time
juga aku baca buku indie. Buku indie ni dia lain sikit. Tiada tapisan perkataan
langsung. Segala-galanya open. Baru realiti. Disebabkan setting buku ini di
Malaysia so aku dapat relate kan dengan setiap bab. Serious baca Zombijaya buat
aku tak belajar satu hari walaupun minggu study week.
Watak
Aku suka watak-watak yang digunakan dalam Zombijaya. Watak
utama yang paling aku suka Nipis. Dia mat rempit kerja hantar pizza. Perangai
dia memang pelik. Cara dia berfikir lagi pelik. Watak sampingan seperti Azman,
polis yang biasa ambil rasuah. Taylor yang atheist berfikir untuk beragama
setelah mengalami nereka dunia ini. Alif yang curang pada pasangannya.
Watak-watak yang membawa mesej mendalam.
Overall
Aku suka jalan cerita dia. Bahasa yang mudah difahami. Duhh,
guna bahasa melayu mestilah faham. Tak, maksud aku penggunaan perkataan yang
simple dan tak meleret. Straight to the point. Sampaikan bila dah habis baca,
aku rasa nak ada sequel kepada buku itu, boleh kupas rahsia Putrajaya menyimpan
rahsia Penghempasan UFO.
Aku tak reti sangat nak komen pasal buku, sebab aku pun tak
pernah keluarkan buku. Tapi memang dalam wish list aku, aku nak keluarkan satu
buku BI, satu buku BM. Tapi bukan novel. Tengoklah nanti, kalau korang ada
pergi MPH, Kinokuniya ke, nampak penulis buku, Fairus Abdul Manaf, beli la
satu. Support member.
Dalam list 13 for 2013 aku, salah satunya, 3 English novel
read, aku baru settle dua, 1) Anneyy,Teh Tarik Kaww Wunne, A Malaysian
Smorgasbord 2)Busy Women Seeks Wife dan
kini aku sedang baca 3) The Further Adventures of an Idiot Abroad
Aku kalau pergi kedai buku, aku suka pergi bahagian buku
English yang ditulis oleh penulis tempatan. Sebab aku suka cerita pasal
perpaduan negara, unity. Pastu aku akan merayau ke bahagian Travel. Saje tengok
negara-negara yang mungkin aku pergi. Pastu aku pergi bahagian buku Indie, baca
synopsis gelak sorang-sorang.
Aku juga akan pergi bahagian science fiction. Best. Then
baru merayau bahagian lain. Mana tau terserempak dengan member, boleh ajak
minum.
Minggu depan aku final exam, doakan.
No comments:
Post a Comment