Friday, April 12, 2013

Of Bapak Pisang Mak Pisang Anak Pisang and Others


"No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow."  - Lin Yutang


Entri kali ni merupakan sambungan entri Enggak Bisa (klik kalau nak baca dulu). 

Trip aku ke HK & Shen Zhen hari tu dalam bentuk kumpulan. Yang diiringi tour guide yang sangat hyperactive, aku suka. Tina di Shen Zhen dan Andy di HK. Hmm, aku pun dah tak beberapa ingat ahli-ahli kumpulan itu, tapi kalau dikenang kembali gelaran yang diberi, mungkin kembali ingatannya.

Kami naik satu bas untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Kalau kat sekolah bila kita dah duduk kat seat tu first time, memang sampai ke habis, itu seat kita. Sama juga konsep dalam bas hari tu, aku, 2 orang kakak dan seorang abang aku duduk di seat depan. Kami berbuat demikian supaya dapat mendengar penerangan yang diberi tour guide. Segala history, fakta bukan auta tentang negara mereka.

Paling awal mendapat gelaran, tour guide dari Malaysia, wakil pengurus kami, Encik Aidil. Secara spontan kami beri gelaran The Ideal Man. Aidil : Ideal. Gaya mat salleh sebutnya. 

Tak silap aku, antara yang terawal diberi gelaran adalah Mr and Mrs Delay. Ha, mereka berdua ni baru berkahwin, boleh dikatakan trip ini honeymoon mereka. Setiap kali hendak berkumpul atau bertolak, Mr and Mrs Delay inilah yang akan muncul paling akhir.

Seterusnya, The Students. Aku dah lama perhatikan 2 orang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku agaknya, dari gaya mereka cuti sem agaknya dan ingin bercuti dengan member gitu. Tapi dari gaya mereka yang agak SWAG, aku malas nak bertegur sapa dengan mereka. 

Oh ye, siapa boleh lupa, The Fabulous Family. Mereka terdiri daripada 3 orang ahli. Ayah Ibu dan anak perempuan seorang. Dari pemerhatian aku, mereka orang berada. Dari segi pakaian yang berjenama, beg yang begitu besar. Aura mereka yang begitu posh.

Dalam setiap kumpulan mahupun organisasi mesti akan ada penggerak. Even dalam group trip HK & Shen Zhen aku ada juga, kami gelarkan "The Maybank Ladies". Akak-akak atau pun makcik-makcik Maybank ini, memang sangat hyperactive. Ke sana ke sini mereka merayau dan shopping. Katanya, mereka baru dapat bonus 8 bulan gaji. Mak aiiihhh, 8 bulan, mestilah shopping sakan gayanya. 

Then we have, The Family. Oh ini kes biasa. Bercuti sekeluarga dengan anank-anak tersayang. Mereka agak low profile. Sering bergerak secara solo sendiri. Rupa-rupanya bila masuk hari ketiga, baru aku tau, yang The Students 2 orang tadi, sebenarnya ahli The Family juga. Tapi biasalah, orang muda, laki pulak tu, mana nak lepak sangat dengan family. Maintain macho kononnya.

Seterusnya, The Samsung Galaxy. Kami gelar mereka mengikut peristiwa yang terjadi di  Lao Hu, satu tempat shopping yang popular. Biasalah, orang di sana, mereka pandai tarik pelanggan mengatakan gajet gajet mereka merupakan ori dan murah. Berkualiti dan tahan lasak. Namun, makcik ini, yang ingin belikan Samsung Galaxy utk anaknya, tertipu dengan tipu daya penjual. Dalam masa sehari pembelian sudah rosak hp itu, malah label samsung yg standard pada hp pun sudah tercabut. Alahai, nasib badan.

Lepas tu kita ada bro dan akak usha tempat. Haha. Mereka berdua selalu lepak dengan group kami. Kononnya, group kami group yang cool dan sempoi. Mereka nampak otai  dan sempoi tapi dah lama kahwin dan anak 3. Kenapa akak dan bro usha tmpat? Sbb bro ni, time kiteorg tgh lepak2, bincang ke, makan ke, duduk rehat ke, dia mesti ckp " aku pi usha tempat jap" Tapi hakikatnya dia pergi hisap rokok dan ceruk mana ntah. Haha. Lawak lawak.


Jadi, mana Bapak Pisang, Mak Pisang dan Anak Pisang?

Oh itu gelaran kedua sebenarnya. Gelaran ini diberi pada hari terakhir kami di HK. Sementara menunggu bas, The Fabulous Family beli 2-3 tandan pisang dan berikan kepada kami. Secara automatiknya, kami panggil mereka The Bapak Pisang Mak Pisang dan Anak Pisang.


Kesemua gelaran yang diberi, cuma aku, kakak-kakak , dan abang aku yang tau. Terdapat juga gelaran lain. Namun agak kurang sesuai diceritakan. Haha.

Agaknya, kami ada gelaran tak?

Oh ada. Secara spontan oleh The Maybank Ladies

Andy tour guide kami, pernah bertanya hendak ke Water world? Jika majority nak, kita akan ke sana. Maka The Maybank Ladies akan menjadi penggerak akan bertanya setiap group, sama ada berminat atau tidak.

Sampai giliran kami, "The Chubby Girls nak join tak?"

Satu bas gelakkan kami. Ye, kami di gelar chubby girls. Pada masa itu kami gelak terbahak-bahak. Rupanya bukan kami sahaja yang memberi gelaran, mereka juga. Agaknya, apa gelaran yang mereka bg pada yang lain.

Sebenarnya ada lagi satu lagi gelaran The Hero, tapi aku simpan utk entri seterusnya. 



Sunday, April 7, 2013

Ruski

6 April 1993 - 6 April 2013

20 tahun weh aku dah hidup. Bila dah meningkat usia, perasaan nak celebrate birthday semakin hilang.
Pergh, aku pun tak tau nak kata tua ke muda. Depends kat org yg lihat jugak, kalau budak-budak mestilah tgk kita makin tua, kalau org tua mesti kata, alah baru 20 tahun, banyak lagi masa.

Aku baru balik dari Pahang, ada family day. Esok baru gerak balik rawang. Sekarang aku tengah depan laptop, dengan bilik aku penuh dengan baju yg bersidai utk dikeringkan, utk dilipat. Malas pun ada nak berpacking segala.

Apa motif aku tulis post ni pon tak tau. Perlu ke motif? Aku nak luahkan perasaan je.

Cuti aku seminggu je pun, tapi list things to do aku macam aku cuti sebulan.

Aku ini dah biasa duk asrama, jadi rumah aku tu hanya tempat untuk makan sedap, katil sedap, tv sedap, tidur pun sedap.

Bila jadi budak Uni yang selalu balik, alahai nak start study kat rumah, mmg berat. Berat aku kata.

Hari tu, aku buat lesen permenent kat Bangi. Aku bayar utk 4 tahun. Nak tau kenapa?

Sekarang 2013 aku dah 20, lagi 3 tahun setengah aku habis Degree, ikut perancangan aku nak fly bila buat Masters. Bajet habis tempoh lesen, aku keluar Malaysia.

Entohlah, aku rancang je, tapi Allah yang tentukan. Aku rasa bila dah official 20 tahun, aku macam nak kejar semua benda. Nak buat itu, nak buat ini. Dalam list 13 for 2013, lebih kurang 3 baru aku realisasikan.
Muda bukan selamanya, jadi baik buat cepat-cepat.

Baru-baru ini, aku ada tengok video kat youtube, " Milik siapa utopia ini " . Pasal harga rumah, ekonomi Malaysia. Korang tengok lah, baru korang rasa betapa kecilnya kita.


Aku tiap-tiap hari record segala duit yang aku keluarkan, even RM1 aku guna utk beli air mesin gedegang pun aku record. Apa komen aku pasal buku record aku? Insaf. Insaf.

Kau tengok duit keluar laju, kau total kan sebulan berapa kau spent, baru rasa nilai duit.

Kalau agak-agak dah over bajet, aku makan Ruski. Nak sedapkan hati, aku tenung lama-lama paket Ruski yang tertulis mengandungi vitamin A. Takde lah dajal sangat aku buat kat badan aku ni. Yelah, kesian kat badan kita bagi makanan yang kurang berkhasiat ni. Tapi nak buat macam mana, budak Uni lah katakan.

Kalau dulu aku selalu juga tolong makcik burger kat kolej aku, dapatlah RM20 sehari. Tapi sekarang aku busy. Ceh busy bajet buat bisnes. Tapi serious sem ni aku rasa hectic gak lah. Sem 2 ni aku sempat singgah borak je dengan makcik burger, kekadang tu dapat lah burger free. Haha.

Semalam umi call, tanya khabar anaknya, tanpa wish apa-apa. Aku pun tak perasan, dah excited camping dalam hutan. Bila umi call hari ini, dia wish birthday. Rupanya mak aku salah tarikh. Mungkin di rumah aku lambat sehari. Benua lain agaknya. "Alah umi, dah 20 tak perlu dah wish-wish ini "

Padahal dalam hati sedih umi lost track of date -.-

Abah lagi best," Happy Birthday kakak, so is it 21 or 22? "

Tua. Tua.

Oh ye, terima kasih kepada semua yang wish.

Hormon aku pun bagi aku hadiah sempena birthday, dia kasi aku jerawat besar satu kat muka. Huh.



Ini muka Phantom of the Opera.
Ini padah bila hari jadi kau sama hari dengan program fakulti.