Thursday, March 21, 2013

Mamat Petronas


Selepas beriadah dengan satu game bola keranjang, aku pergi isi minyak kereta dekat petronas. Biasalah mamat-mamat bangla akan sedia membantu anda untuk mengisi minyak. Selepas membayar RM50 pada kaunter, seorang mamat petronas, yang aku agak dia dari negara Bangladesh datang menghulurkan bantuan..

Aku memang sangat peramah. Tapi tahap peramah aku lagi tinggi bila dengan orang yang lagi tua daripada aku. Entah. Aku suka berborak dengan orang yang lebih tua, mungkin aura mereka yang berpengelaman buat aku tertarik.

Maka sambil isi minyak, aku pun berborak dengan mamat petronas ini.Aku simpulkan hasil  bualan aku dengan mamat ini. Dia dari Bangladesh dan telah menetap selama 6 tahun di Malaysia. Jangan risau dia ada permit. Dan selama 6 tahun di Malaysia, dia tak pernah balik. Dia kini berumur 24 tahun. Aku puji mamat petronas kerana begitu fasih berbahasa melayu. Dia kata, agak untung bekerja di stesen minyak kerana dapat berjumpa dengan orang tempatan yang pelbagai. Kalau dia ke bidang perkilangan yang mengumpulkan kelompok warga asing bekerja, alamatnya tak berkembang lah bahasa  Melayunya.

Kadang-kadang kita dapat lihat sendiri keikhlasan orang berkomunikasi dengan kita melalui mata orang itu. Sambil bercerita, aku dapat melihat matanya agak berkaca, rindu agaknya pada keluarganya di Bangladesh. Dan apabila dia berborak dengan aku, dia gunakan istilah ‘akak’ walaupun dia tau aku berumur 20 tahun. Hormat betul.Semasa aku berborak dengan mamat ini, terdapat beberapa orang yang mengangkat tangan padanya sebagai istilah kenalan. Ada juga yang berpandangan pelik, agaknya pada pandangan mereka apalah yang dibualkan oleh kami. Seolah-olah persepsi mereka, “ Eee, apalah budak tu pergi borak dengan bangla tu”. Hina sangat ke berborak dengan pekerja warga asing petronas?


Terdetik rasa syukur aku kerana berpeluang untuk belajar di Universiti. Tak perlu bekerja menolong keluarga. Aku pada umur 18 tahun, sudah masuk Uni namun mamat petronas dia pergi ke negara orang dan mencari rezeki yang halal.

Kadang-kadang perbualan yang ringkas sebegini yang memberi kita kesedaran terhadap kehidupan. 
Zaman sekarang jarang nak lihat orang lain berborak sesama strangers. Maksud aku, kita tak saling mengenali, tetapi disebabkan kita berada di tempat yang sama buat seketika, kita berkongsi cerita, mungkin berkongsi gelak tawa, dan akhirnya berpisah. Uniknya, kita takkan ingat akan orang itu, tetapi, cerita yang dikongsikan mungkin dapat dijadikan teladan buat kita.




Meeting a random stranger and hearing a bit of her/his simple life, enlightens us in all sorts of way




Tuesday, March 19, 2013

Kosong

Sebak.

Sedih.

Bersalah.

Malu.

Aku malu dengan Allah. Aku malu kerana tidak istiqamah. Aku malu kerana alpa.


Pegangan agama sangat indah. Dia abstrak kau tau. Dan mencintai bende yang abstrak sangat sukar. Nak hadirkan rasa keikhlasan pada setiap masa. 

Kadang kala aku rasa hidup aku ini macam robot. Setiap hari buat perkara yang sama. Namun kalau kita tanam niat untuk Allah,dapat rasa ketenangan.

Kita tak perasan pun betapa banyaknya nikmat Allah beri. 
Jujur aku kata, aku tak terdetik nak tweet atau post apa-apa nasihat. Kalau kita tengok kat TL atau wall, memang penuh dengan nasihat atau cerita teladan tapi tak sampai ke hati pun. Nampak la hati kita dah mati.

Serious aku rasa 5 tahun sekolah asrama memang tempat latih diri aku untuk pratikkan amal ibadat kita. Setiap isnin khamis kita puasa sunat. 5 waktu kita berjemaah, tak kesahlah imam ke berapa ntah, ada je yang akan tepuk belakang untuk berimam. Kalau sekarang, satu bilik, padahal solat timing sama, tak nak berjemaah pun. Hati mati untuk kejar pahala lebih. 


Aku setuju dengan apa kawan aku Johan Radzi kata "Sekarang kita dibanjiri dengan maklumat bukannya ilmu"

Pengetahuan sangat mudah didapati sampaikan kita take for granted. Apa tak tau, kita google, kita wikipedia. Zaman rasul dulu, kene berhijrah berbulan-bulan semata-mata nak dapatkan kesahihan satu baris hadis.Satu baris kau tau.

Kita ni, tak dapat result google kat first page, bukan nak tengok page seterusnya, rasa mcm dah takde jawapan. Nampaklah dah malas.


Hidup senang dan bahagia pun susah, kita alpa. Aku takut terlepas dari tali Allah.


Bila aku tengok tampalan semangat pada dinding meja belajar aku, hanya tulis hal duniawi sahaja. 

Allah.

Malam ini dapat aku titiskan air mata kerana Allah. Berapa lama jauh dengan Allah.

Cintakan Allah sangat abstrak, namun bila dapat perasaan connected dengan Allah,

SubhanaAllah.


Indah tak terkata. Air mata berjujuran kegembiraan dan keinsafan.





Thursday, March 14, 2013

Aku curang


Aku curang.


Dulu masa darjah 4, aku minat N. Pada mulanya sahaja nak main-main, tapi tak sangka jadi serious. Darjah 5, hubungan aku dengan N makin rapat, kalau tak jumpa sehari, rasa tak lengkap. Kalau tak jumpa N, rasa sakit, tak sihat. Sampai darjah 6 aku bersama N, namun sebab aku dapat tawaran SBP, aku tinggalkan N. Sebenarnya aku dapat sekolah sukan, semua sebab pertolongan N. Kalau dulu aku terima tawaran sekolah sukan, aku boleh kekalkan hubungan aku dengan N. Tapi nak buat macam mana bukan jodoh.


Masuk tingkatan 1,aku masih berjinak dengan keadaan yang baru.  Tingkatan 2 aku jumpa B. B agak complicated juga, tapi setiap aku sabar dengan B. Tiap-tiap petang aku meluangkan masa untuk B, walaupun sibuk dengan kerja rumah yang cikgu bagi, aku tetap wajib luangkan masa untuk B. Tetapi hubungan kami tidak begitu indah, aku sering jatuh sakit. Namun, aku sabar dengan B dan akhirnya aku makin sayang dengan B malah tidak boleh berpisah. Tingkatan 5 hubungan aku dengan B memang akrab, aku sanggup berpanas pukul 1 tengahari semata-mata nak luangkan masa untuk B. Apabila SPM makin hampir, aku stress dan B sentiasa menemani aku. B tempat aku berkongsi cerita dan B juga tempat aku menangis.


Apabila aku masuk Universiti, aku sudah jarang meluangkan masa untuk B, sibuk agaknya. Namun, sekiranya ada event, aku akan usahakan untuk luangkan masa untuk B. Walaupun aku tak seperti dulu, B tetap terima aku.


Akan tetapi baru-baru ini, aku terjumpa N di university. Aku jadi buntu, untuk pilih B atau N. Tetapi jika bandingkan masa aku, aku banyak meluangkan masa bersama B. N dan B walaupun agak sama, mereka dua-dua ada kelainan. N lembut dan tidak pernah buat aku penat. B pula, sedikit ganas akan tetapi aku suka 
kekasarannya.


Aku dalam dilema, N atau B.


Malam tadi aku curang, aku luangkan masa bersama N, akan tetapi aku layan N seperti mana aku layan B sewaktu dahulu. Tidak bolehkah sekiranya seorang gadis ingin kedua-dua?
N dan B, dua-dua aku sayang





Netball atau Basketball?




Aku sayang gila kat Basketball, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Hanya Netball yang ada di Universiti aku.




Apa? Korang ingat aku cakap pasal boypren boypren ke hape?

Hua Hua Hua


Buat suspen je.


Tapi andai kata korang dah agak Netball and Basketball, korang mmg hati mulia gila 

Ha, dah, scroll balik atas, baca dengan fahaman yang betul. 

Tapi serious aku rasa curang gila main netball tapi main gaya basketball malam tadi.



Sunday, March 10, 2013

Plan ABC, cekodok basi



Plan A tak dpt, kita buat plan B
Kita rancang tp Alllah penentu
Jangan sedih jangan  sepi
Kita piker ada hikmah le tu

Sedap tak pantun aku? Hue hue hue


Bila masa kita kecik-kecik, antara masalah yang besar kita pernah fikir mungkin, datang lambat ke sekolah, atau pun ayah kita suruh bayar bill makanan kat mamak cashier. Mungkin pada aku besar, malah hendak memesan makanan di kedai pun teragak-agak. Itu waktu kecil dahulu la. Sekarang aku cume perlu angkat tangan dan pesan  “ Anneyy, teh tarik kawwww wunne !”  dalam bahasa ibunda “Saudara, teh tarik pekat satu”.

Sewaktu kita kecil dahulu, apa yang dirancang pasti berjalan dengan lancarnya. Apa tidak nya, rancangan waktu kecil dahulu, kalau berdasarkan pengalaman saya sebagai kanak-kanak perempuan, masa kecil aku ada 2 orang sahabat baik, senang cerita, aku gelar Charlie’s Angels Juniors. Kami sentiasa berkepit di mana-mana.

Kami setiap hujung minggu akan ke rumah salah seorang untuk bermain, mcm playdate kata mat salleh. Dan antara rancangan yang begitu tidak penting adalah merancang dan berbincang untuk ke rumah siapa dan memakai baju apa. Zaman aku, kami masih menggunakan telefon rumah untuk berbincang, tidak berwhatsapp atau bertwitter. Situasi yang mana, si A akan telefon si B untuk bertanya ke rumah siapa patutnya bermain. Maka si B akan menelefon si C untuk bertanya soalan demikian. Kemudian si C akan menelefon dan memberi tahu keputusan pada si A. Setiap minggu akan terjadi scenario sedemikian. Rotating calls bak kata aku. Malah umi dan abah sudah menugaskan aku untuk menjawab telefon setiap hujung minggu. Pada masa itu, masalah tidak begitu besar dan tidak melibatkan masa depan.

Namun, bila kita sudah ke alam dewasa, kebanyakan rancangan kita melibatkan masa depan. Ada kalanya mengikut perancangan, ada kalanya tidak. Seperti biasa orang akan kata, tak jadi Plan A, kita buat Plan B, tak jadi kita buat sampai Plan Z.

Kini aku sedang merealisasikan Plan D aku, ha, banyak tak plan aku. Dahulu, ayah aku suka bercerita berkenaan ekonomi negara pada aku, sehingga aku pernah bercita-cita untuk menjadi pakar ekonomi dan kembalikan ekonomi Islam.  Aku pernah mengucapkan kata-kata ini pada satu motivasi di sekolah aku dahulu. Itu plan A. TUP TAP TUP TAP, Plan B lepas SPM, aku berminat pula untuk meneruskan pelajaran ke luar negara, namun tidak kesampaian, mak kata kahwin dahulu. TUP TAP TUP TAP Plan C nak jadi doctor pakar sakit puan, hendak menjadi doctor wanita yang berjaya dan membuka syarikat/hospital/hotel. Bukan rezeki, pointer aku tidak lepas. TUP TAP TUP TAP, Plan D yang kini sedang berjalan lancar Degree in Food Biotechnology, dan seterusnya insyaAllah Masters in UK/China/Aussie/NZ, Phd di UKM/UM/UPM. Namun di samping itu. Terdapat juga plan kecilan, seperti plan D-1 yang mana aku merealisikan impian ke arah kesenian iaitu dalam bidang filem pendek. Plan D-2, mengembara negeri-negeri Malaysia dan luar negara. Aku bukan nak tunjuk kegagalan aku mahupun kejayaan aku, aku cuma nak berkongsi, dalam dunia ini, tidak semua berjalan seperti kita kehendak. Tetapi kalau diperhatikan secara halus, akan ternampak hikmahnya kenapa semua ini berlaku.

Cita-cita ini bukan boleh dibuat main-main, namun pada pendapat aku juga cita-cita yang tidak kesampaian bukan satu kegagalan. Dia macam, kau dah booking tiket flight nak ke destinasi, tapi tiket kau booking, dia kasi kat orang lain, mestilah geram. Kau pun order tiket bas, memang tak selesalah, dengan sempit, dengan lamanya nak sampai. Tapi esoknya, kau baca surat khabar, flight yang patut kau naik itu, terhempas kat hutan. Haa, nampak tak mesej aku? Kadang- kadang trip bas kita yang tak selesa itulah yang membawa kita ke destinasi dengan selamatnya, dalam konteks kehidupan, hidup kita gembira,berjaya dan diberkati.

Aku bercakap pun sekadar pengalaman. Pengalaman aku pun baru 20 tahun, mungkin tak cukup. Namun, jangan lah kita berputus asa, bunyi sangat cliche, tetapi itu hakikat. Kalau kau main PS1 game Metal Slug, will power kau kemain tinggi, ini kan kehidupan realiti. Maaflah contoh aku sekadar PS1, itu sahaja yang aku sempat merasa.

Pesanan aku sebagai blogger yang tak seberapa nak tegar sangat ni, jangan lah nak compare hidup kita dengan orang lain sangat, tok sah complain, bersyukur dan improve yourself to be better.





Jangan risau kalau Plan korang dah sampai Plan Z, Plan Alif, Ba, Ta ada lagi :D