Thursday, March 21, 2013

Mamat Petronas


Selepas beriadah dengan satu game bola keranjang, aku pergi isi minyak kereta dekat petronas. Biasalah mamat-mamat bangla akan sedia membantu anda untuk mengisi minyak. Selepas membayar RM50 pada kaunter, seorang mamat petronas, yang aku agak dia dari negara Bangladesh datang menghulurkan bantuan..

Aku memang sangat peramah. Tapi tahap peramah aku lagi tinggi bila dengan orang yang lagi tua daripada aku. Entah. Aku suka berborak dengan orang yang lebih tua, mungkin aura mereka yang berpengelaman buat aku tertarik.

Maka sambil isi minyak, aku pun berborak dengan mamat petronas ini.Aku simpulkan hasil  bualan aku dengan mamat ini. Dia dari Bangladesh dan telah menetap selama 6 tahun di Malaysia. Jangan risau dia ada permit. Dan selama 6 tahun di Malaysia, dia tak pernah balik. Dia kini berumur 24 tahun. Aku puji mamat petronas kerana begitu fasih berbahasa melayu. Dia kata, agak untung bekerja di stesen minyak kerana dapat berjumpa dengan orang tempatan yang pelbagai. Kalau dia ke bidang perkilangan yang mengumpulkan kelompok warga asing bekerja, alamatnya tak berkembang lah bahasa  Melayunya.

Kadang-kadang kita dapat lihat sendiri keikhlasan orang berkomunikasi dengan kita melalui mata orang itu. Sambil bercerita, aku dapat melihat matanya agak berkaca, rindu agaknya pada keluarganya di Bangladesh. Dan apabila dia berborak dengan aku, dia gunakan istilah ‘akak’ walaupun dia tau aku berumur 20 tahun. Hormat betul.Semasa aku berborak dengan mamat ini, terdapat beberapa orang yang mengangkat tangan padanya sebagai istilah kenalan. Ada juga yang berpandangan pelik, agaknya pada pandangan mereka apalah yang dibualkan oleh kami. Seolah-olah persepsi mereka, “ Eee, apalah budak tu pergi borak dengan bangla tu”. Hina sangat ke berborak dengan pekerja warga asing petronas?


Terdetik rasa syukur aku kerana berpeluang untuk belajar di Universiti. Tak perlu bekerja menolong keluarga. Aku pada umur 18 tahun, sudah masuk Uni namun mamat petronas dia pergi ke negara orang dan mencari rezeki yang halal.

Kadang-kadang perbualan yang ringkas sebegini yang memberi kita kesedaran terhadap kehidupan. 
Zaman sekarang jarang nak lihat orang lain berborak sesama strangers. Maksud aku, kita tak saling mengenali, tetapi disebabkan kita berada di tempat yang sama buat seketika, kita berkongsi cerita, mungkin berkongsi gelak tawa, dan akhirnya berpisah. Uniknya, kita takkan ingat akan orang itu, tetapi, cerita yang dikongsikan mungkin dapat dijadikan teladan buat kita.




Meeting a random stranger and hearing a bit of her/his simple life, enlightens us in all sorts of way




No comments:

Post a Comment