Sunday, March 10, 2013

Plan ABC, cekodok basi



Plan A tak dpt, kita buat plan B
Kita rancang tp Alllah penentu
Jangan sedih jangan  sepi
Kita piker ada hikmah le tu

Sedap tak pantun aku? Hue hue hue


Bila masa kita kecik-kecik, antara masalah yang besar kita pernah fikir mungkin, datang lambat ke sekolah, atau pun ayah kita suruh bayar bill makanan kat mamak cashier. Mungkin pada aku besar, malah hendak memesan makanan di kedai pun teragak-agak. Itu waktu kecil dahulu la. Sekarang aku cume perlu angkat tangan dan pesan  “ Anneyy, teh tarik kawwww wunne !”  dalam bahasa ibunda “Saudara, teh tarik pekat satu”.

Sewaktu kita kecil dahulu, apa yang dirancang pasti berjalan dengan lancarnya. Apa tidak nya, rancangan waktu kecil dahulu, kalau berdasarkan pengalaman saya sebagai kanak-kanak perempuan, masa kecil aku ada 2 orang sahabat baik, senang cerita, aku gelar Charlie’s Angels Juniors. Kami sentiasa berkepit di mana-mana.

Kami setiap hujung minggu akan ke rumah salah seorang untuk bermain, mcm playdate kata mat salleh. Dan antara rancangan yang begitu tidak penting adalah merancang dan berbincang untuk ke rumah siapa dan memakai baju apa. Zaman aku, kami masih menggunakan telefon rumah untuk berbincang, tidak berwhatsapp atau bertwitter. Situasi yang mana, si A akan telefon si B untuk bertanya ke rumah siapa patutnya bermain. Maka si B akan menelefon si C untuk bertanya soalan demikian. Kemudian si C akan menelefon dan memberi tahu keputusan pada si A. Setiap minggu akan terjadi scenario sedemikian. Rotating calls bak kata aku. Malah umi dan abah sudah menugaskan aku untuk menjawab telefon setiap hujung minggu. Pada masa itu, masalah tidak begitu besar dan tidak melibatkan masa depan.

Namun, bila kita sudah ke alam dewasa, kebanyakan rancangan kita melibatkan masa depan. Ada kalanya mengikut perancangan, ada kalanya tidak. Seperti biasa orang akan kata, tak jadi Plan A, kita buat Plan B, tak jadi kita buat sampai Plan Z.

Kini aku sedang merealisasikan Plan D aku, ha, banyak tak plan aku. Dahulu, ayah aku suka bercerita berkenaan ekonomi negara pada aku, sehingga aku pernah bercita-cita untuk menjadi pakar ekonomi dan kembalikan ekonomi Islam.  Aku pernah mengucapkan kata-kata ini pada satu motivasi di sekolah aku dahulu. Itu plan A. TUP TAP TUP TAP, Plan B lepas SPM, aku berminat pula untuk meneruskan pelajaran ke luar negara, namun tidak kesampaian, mak kata kahwin dahulu. TUP TAP TUP TAP Plan C nak jadi doctor pakar sakit puan, hendak menjadi doctor wanita yang berjaya dan membuka syarikat/hospital/hotel. Bukan rezeki, pointer aku tidak lepas. TUP TAP TUP TAP, Plan D yang kini sedang berjalan lancar Degree in Food Biotechnology, dan seterusnya insyaAllah Masters in UK/China/Aussie/NZ, Phd di UKM/UM/UPM. Namun di samping itu. Terdapat juga plan kecilan, seperti plan D-1 yang mana aku merealisikan impian ke arah kesenian iaitu dalam bidang filem pendek. Plan D-2, mengembara negeri-negeri Malaysia dan luar negara. Aku bukan nak tunjuk kegagalan aku mahupun kejayaan aku, aku cuma nak berkongsi, dalam dunia ini, tidak semua berjalan seperti kita kehendak. Tetapi kalau diperhatikan secara halus, akan ternampak hikmahnya kenapa semua ini berlaku.

Cita-cita ini bukan boleh dibuat main-main, namun pada pendapat aku juga cita-cita yang tidak kesampaian bukan satu kegagalan. Dia macam, kau dah booking tiket flight nak ke destinasi, tapi tiket kau booking, dia kasi kat orang lain, mestilah geram. Kau pun order tiket bas, memang tak selesalah, dengan sempit, dengan lamanya nak sampai. Tapi esoknya, kau baca surat khabar, flight yang patut kau naik itu, terhempas kat hutan. Haa, nampak tak mesej aku? Kadang- kadang trip bas kita yang tak selesa itulah yang membawa kita ke destinasi dengan selamatnya, dalam konteks kehidupan, hidup kita gembira,berjaya dan diberkati.

Aku bercakap pun sekadar pengalaman. Pengalaman aku pun baru 20 tahun, mungkin tak cukup. Namun, jangan lah kita berputus asa, bunyi sangat cliche, tetapi itu hakikat. Kalau kau main PS1 game Metal Slug, will power kau kemain tinggi, ini kan kehidupan realiti. Maaflah contoh aku sekadar PS1, itu sahaja yang aku sempat merasa.

Pesanan aku sebagai blogger yang tak seberapa nak tegar sangat ni, jangan lah nak compare hidup kita dengan orang lain sangat, tok sah complain, bersyukur dan improve yourself to be better.





Jangan risau kalau Plan korang dah sampai Plan Z, Plan Alif, Ba, Ta ada lagi :D












No comments:

Post a Comment