Sunday, April 7, 2013

Ruski

6 April 1993 - 6 April 2013

20 tahun weh aku dah hidup. Bila dah meningkat usia, perasaan nak celebrate birthday semakin hilang.
Pergh, aku pun tak tau nak kata tua ke muda. Depends kat org yg lihat jugak, kalau budak-budak mestilah tgk kita makin tua, kalau org tua mesti kata, alah baru 20 tahun, banyak lagi masa.

Aku baru balik dari Pahang, ada family day. Esok baru gerak balik rawang. Sekarang aku tengah depan laptop, dengan bilik aku penuh dengan baju yg bersidai utk dikeringkan, utk dilipat. Malas pun ada nak berpacking segala.

Apa motif aku tulis post ni pon tak tau. Perlu ke motif? Aku nak luahkan perasaan je.

Cuti aku seminggu je pun, tapi list things to do aku macam aku cuti sebulan.

Aku ini dah biasa duk asrama, jadi rumah aku tu hanya tempat untuk makan sedap, katil sedap, tv sedap, tidur pun sedap.

Bila jadi budak Uni yang selalu balik, alahai nak start study kat rumah, mmg berat. Berat aku kata.

Hari tu, aku buat lesen permenent kat Bangi. Aku bayar utk 4 tahun. Nak tau kenapa?

Sekarang 2013 aku dah 20, lagi 3 tahun setengah aku habis Degree, ikut perancangan aku nak fly bila buat Masters. Bajet habis tempoh lesen, aku keluar Malaysia.

Entohlah, aku rancang je, tapi Allah yang tentukan. Aku rasa bila dah official 20 tahun, aku macam nak kejar semua benda. Nak buat itu, nak buat ini. Dalam list 13 for 2013, lebih kurang 3 baru aku realisasikan.
Muda bukan selamanya, jadi baik buat cepat-cepat.

Baru-baru ini, aku ada tengok video kat youtube, " Milik siapa utopia ini " . Pasal harga rumah, ekonomi Malaysia. Korang tengok lah, baru korang rasa betapa kecilnya kita.


Aku tiap-tiap hari record segala duit yang aku keluarkan, even RM1 aku guna utk beli air mesin gedegang pun aku record. Apa komen aku pasal buku record aku? Insaf. Insaf.

Kau tengok duit keluar laju, kau total kan sebulan berapa kau spent, baru rasa nilai duit.

Kalau agak-agak dah over bajet, aku makan Ruski. Nak sedapkan hati, aku tenung lama-lama paket Ruski yang tertulis mengandungi vitamin A. Takde lah dajal sangat aku buat kat badan aku ni. Yelah, kesian kat badan kita bagi makanan yang kurang berkhasiat ni. Tapi nak buat macam mana, budak Uni lah katakan.

Kalau dulu aku selalu juga tolong makcik burger kat kolej aku, dapatlah RM20 sehari. Tapi sekarang aku busy. Ceh busy bajet buat bisnes. Tapi serious sem ni aku rasa hectic gak lah. Sem 2 ni aku sempat singgah borak je dengan makcik burger, kekadang tu dapat lah burger free. Haha.

Semalam umi call, tanya khabar anaknya, tanpa wish apa-apa. Aku pun tak perasan, dah excited camping dalam hutan. Bila umi call hari ini, dia wish birthday. Rupanya mak aku salah tarikh. Mungkin di rumah aku lambat sehari. Benua lain agaknya. "Alah umi, dah 20 tak perlu dah wish-wish ini "

Padahal dalam hati sedih umi lost track of date -.-

Abah lagi best," Happy Birthday kakak, so is it 21 or 22? "

Tua. Tua.

Oh ye, terima kasih kepada semua yang wish.

Hormon aku pun bagi aku hadiah sempena birthday, dia kasi aku jerawat besar satu kat muka. Huh.



Ini muka Phantom of the Opera.
Ini padah bila hari jadi kau sama hari dengan program fakulti.









No comments:

Post a Comment