Monday, February 18, 2013

Enggak Bisa

Cuti semester satu yang lepas aku pergi bercuti ke Hong Kong dan Shen Zhen China.
Secara tipikalnya, kalau sesiapa blogger akan upload gambar-gambar indah, berposing sana sini ye tidak? Tapi aku tidak, aku cuma nak kongsikan pengalaman-pengalaman yang aku alami di sana.

Hari terakhir di Hong Kong, kami ( aku pergi under Muslim Tour maka ada 34 manusia dalam tour group )
dibawa ke Ladies Market ( ala ala Pasar Malam gitu ) bak kata tour guide kami , Andy, di Hong Kong ada 2 jenis Ladies Market, satu ala-ala Pasar Malam, satu lagi memang mereka menyediakan servis wanita, paham-paham je lah.

Namun berjual beli di Hong Kong dan di Malaysia sangat berbeza, di Malaysia kita diajar untuk bersopan santun dan berbudi bahasa, namun berlainan pula di HK. Disebabkan kebanyakan mereka tidak pandai bertutur dalam B. Inggeris, kami menggunakan bahasa isyarat sahaja. Jika diperhatikan setiap kedai akan ada mesin kalkulator yang besar, bukan untuk mengira harga jualan belian, akan tetapi untuk menunjukkan harga jualan. Sekiranya pembeli inginkan diskaun, pembeli perlu menekan butang nombor pada kalkulator tersebut. Aneh bukan?

Hendak dijadikan contoh betapa kasarnya mereka, peristiwa ini terjadi di Shen Zhen. Malam terakhir kami dibawa ke Lao Zhu, tempat membeli belah yang besar. Aku seperti biasa malas untuk membeli-belah akan berjalan dengan abang aku melihat gelagat penduduk tempatan. Setelah bosan berjalan, aku tertarik dengan sepasang kasut merah jambu. Seperti biasalah, kita akan mintak saiz kasut dalam 2 3 kali kerana saiz di sana berbeza di Malaysia. Setiap kali aku mintak saiz lain, kelihatan muka bengis penjual itu dan kedengaran kutukan bisa mereka. Apabila aku bersetuju dengan saiz yang diberikan, mereka hanya melemparkan kotak yang berisi kasut di depan aku. Biadap bukan? Aku pun hulurkan duit. Penjual itu hanya memberikan aku kasut merah jambu itu tanpa kotaknya. Biarlah, tak ingin aku simpan kotak yang dilemparkan pada aku tadi.

Sekurang-kurangnya di Malaysia, penjual di sini boleh bertutur Basic English. Pada mulanya, aku tidak berminat untuk membeli kerana kebanyakan barang sudah ada di Malaysia. Tetapi teringin juga membawa pulang sedikit ole-ole untuk rakan dan keluarga.

Aku memang lemah bab tawar menawar, maka kakak aku yang berurusan dengan penjual Hong Kong. Hati-hati, mereka (penjual) mengambil kesempatan pelancong yang datang. Barang yang hanya boleh dibeli dengan harga 40HK Dollars, mereka menjualnya dengan harga yang tidak boleh diterima akal, 200HK Dollars. Jika ditukar ke wang RM, 40HK lebih kurang RM18.

Aku teringin membeli keychain I LOVE HK, namun kebanyakan menjual pada harga yang tinggi, 200HK Dollars, kakak aku tawar sehingga 40HK Dolllars. Setiap kali kami minta harga serendah itu, mereka tidak terima dan mengutuk kami dalam bahasa mereka. Aku tidak kesah.

Malah terdapat satu penjual memanggil kami crazy kerana meminta harga serendah itu.

Rezeki kami agaknya terjumpa satu kedai, pakcik ini boleh bertutur bahasa Indonesia. Lembut dan sopan orangnya, dalam 60-an umurnya. Kami mintak harga serendah 40HK Dollars, walaupun pada asalnya dia menjual set keychain itu setinggi 200HK Dollars. Setelah tawar-menawar, kami setuju untuk membeli dengan harga 45HK Dollars.

Akan tetapi aku inginkan keychain yang berbentuk teddy bear, namun di kedai tersebut tidak ada stok, yang ada cuma berbentuk baju T. Sementara pakcik itu berusaha mencari, dia dimarahi anaknya kerana menjual barang yang tidak ada stok.

Sedih pula aku melihat pakcik yang sopan ini dimarahi

"Tak de ke pakcik stok nya?"

"Enggak bisa"  kata pakcik dengan sopannya

"Takpelah, saya beli yang ini"

"Ohh, terima kasih ya anak"

Aku pun hulurkan duit itu, pakcik itu tersenyum dengan riangnya, seperti kanak-kanak baru mendapat aiskrim.





Entri selepas ini mungkin aku akan bercerita tentang Ayah Pisang, Mak Pisang dan Anak Pisang.
Maklumlah tour group kami 34 orang, tidak sempat untuk hafal nama, maka kami beri gelaran, malah kami sendiri ada gelaran yang diberi oleh mereka sendiri.



No comments:

Post a Comment