Wednesday, February 20, 2013

El-shishity

Hari pertama sem 2 berjalan seperti biasa. Cuma kelas lab tidak diadakan minggu ini. Buku-buku yang prof cadangkan untuk kami beli, daripada beli mahal-mahal, kami mintak seniors ataupun rakan-rakan kos lain yang sudah mengambil subjek tersebut.

Aku rasa, setiap hujung sem dan permulaan sem, patut diadakn jualan buku-buku terpakai atau khidmat pinjaman buku. Bukan sahaja menjimatkan kos, malah tidak membazir dengan membuang buku sebegitu.

Malam itu, kami pergi ke Pizza Hut untuk meraikan Hari Ulangtahun rakan kami. Terima kasih kepada yang membelanja. Aku sem baru ini, berazam nak berbelanja RM8 untuk makan sehari. Pagi aku minum susu kotak dengan biskut yang sedia ada, tengah hari nasi dan satu lauk , malam pula, kuewtiaw goreng atau burger. Aku kira-kira untuk 4 tahun aku di university, aku akan belanjakan sebanyak RM11,520 untuk makan sahaja. Itu tak termasuk, sekiranya aku teringin nak makan mewah sekali sekala.

Berbalik pada tajuk utama, setelah kekenyangan kami beransur pulang dengan kereta masing-masing. Malam itu, aku tak tahu kenapa, minda aku seperti tidak betul, beberapa kali aku tersalah masuk simpang. Setelah sampai di lampu isyarat merah, aku tukar gear N dan tunggu.

Tiba-tiba, terdapat kereta wira sebelah kami, membuka pintu dan memberi isyarat menyuruh kami membuka tingkap. Kelihatam mereka seperti gundah-gulana. Rakan-rakan di dalam kereta aku, berasa takut untuk memberi respon. Terdetik juga dalam hati aku, "Mamat ini nak rompak ke apa?"

Perlahan-lahan aku turunkan tingkap,lalu mamat tersebut membuka mulut.

"Elshishity?"

"Hah?"

"Elshishity?"

"Ohh, LCCT?!! Straight je"

Agaknya bukan orang Malaysia, begitu pelat sebutannya.

Haish, mati-mati aku ingat dia carut kat aku sebab driving aku ke apa.



No comments:

Post a Comment