Thursday, February 21, 2013

Ben Hock

Topik perkahwinan sangat popular dalam kalangan pelajar universiti. Pada aku memang normal untuk golongan anak muda untuk berbicara berkenaan perkahwinan. Yelah, satu fasa yang bakal kita tempuhi ye dak? Malah terdapat beberapa yang sebaya dengan aku, yang sudah berkahwin mahupun bertunang.

Aku?

Huh.


Tipulah kalau aku berkata yang isu perkahwninan tidak pernah terlintas dalam kepala otak aku. Pernah. Namun, aku tidaklah merasakan eksitednya. Perkahwinan merupakan salah satu fasa, ada banyak lagi fasa yang bakal kita tempuhi. 

Buat masa sekarang aku lagi suka berkawan.

Berkawan dalam dunia realiti.

Berkawan di twitter, facebook dan seangkatannya, berbeza.

Kau add, kau follow, dah bosan, kau unfriend, kau unfollow. Takde memories di situ.

Tempat paling aku suka lepak dengan member-member aku, kedai mamak. Kedai mamak kalau buat drive thru pun aku rasa laku.

Aku pernah mimpi, aku pergi kedai runcit, nak beli barang. Semasa bayar, aku bergaduh dengan anak tauke kedai, Ben Hock namanya. Dah gaduh punya pasal, mak dia suruh mintak maaf dengan aku. Selepas itu, aku    berkawan dengan Ben Hock. Lepak sama-sama. Kalau dalam drama atau movie, scene-scene romantik dan ala-ala sweet, dengan lagu comel gitu, ha, macam itulah dalam mimpi aku. Awesome juga director mimpi aku .

Aku tak tau apa motif mimpi aku itu. Tapi kalau diberikan peluang, aku nak cari suami, Cina mualaf, pandai main basketball, kerja office hours, suka lepak mamak. Wah, sempoi habis.

Tapi, jodoh bukan kita yang tentukan tapi kita kene usaha apa.

Aku pun ada impian nak kahwin cuma bukan pada umur yang muda lah.

Memang orang kata perempuan kene kahwin awal, tapi aku nak kejar cita-cita aku dulu. Banyak lagi impian yang lain aku nak capai. Aku nak juga merasa duit sendiri, kereta sendiri, duit untuk umi abah.

Ingat senang ke dah kahwin nanti kita nak jadi gila-gila, jalan sana sini. Ish ish tak boleh, malu kot. Unless Ben Hock anda sangat sporting.

Aku fikir nak sambung Masters overseas, ingat nak ke China, sebab di Shanghai, jejaka tempatan menyediakan sarapan pagi untuk si isteri dan pergi ke pasar sebelum ke kerja. Wah, sweet gitu.
Abah kata better ke UK. Huh, mana-mana jelah. Cita-cita aku untuk further studies ke overseas buat masa sekarang aku put on hold. Umi kata "Masters baru boleh, itupun kalau dah bersuami"

Hmm, syarat kedua, bersuami? Tak janji lah.

Kalau aku jumpa Ben Hock awal, ok lah kot. Huehuehue

Ahh, tutup isu kahwin. Jom cakap pasal sekarang. 

Sekarang?

Sekarang aku tengah kumpul duit nak skydiving. RM1000

Aku ada buat list, aku namakan ' 13 for 2013 '

13 perkara yang aku cuba realisasikan untuk 2013 ini. Dah hujung tahun baru aku postkan senarai tersebut, bersama gambar sebagai bukti aku capai. Baru awesome tunjuk hasil. 

Tak mainstream. Kalau yang lain buat list pada awal tahun. Aku tidak. Aku tunjuk hasil pada hujung tahun. 

Huh, dahlah. Sekian.





Nota Masa Depan Untuk Suami Pai : Sekiranya anda bukan seperti ciri-ciri di atas, takpe, try to improve. Step by step. Haha.








No comments:

Post a Comment