Thursday, October 17, 2013

Bertapa Di Negara Komunis : Vietnam #1

Fall Out Boy - From Under The Cork Tree Playlist #np

Masa aku kecik kecik dulu aku banyak travel, ikut ayah aku outstation sana sini, UK, China, Australia. Malang sekali masa itu aku terlalu kecil untuk proses sebarang data yang berlaku di sekeliling aku, maka tiada sebarang data yang tersimpan berkenaan trip berikut. Sadis.

Oleh itu, sewaktu aku tingkatan 2, aku berpeluang ke UK sekali lagi untuk melawat kakak. Abah telah memesan selepas trip UK kali ini, aku perlu menyediakan satu karangan berkenaan trip UK.

Agaknya abah sedang dalam mode : Mendidik Anak

Selepas peristiwa tersebut, sudah jadi kebiasaan setiap kali aku travel ke mana-mana, aku akan catat setiap  peristiwa yang menarik.

Jadi aku persembahkan kisah menarik ( mungkin aku je yang tertarik ) hasil pertapaan aku di negara komunis selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh.


Motor Vs Kereta

Touchdown saja di HCM, kami di sambut baik oleh tour guide kami, Hang. Oh ye, trip kali ini, tidak seperti trip HK & Shen Zhen yang mana kami bergerak secara tour group. Trip vietnam cuma melibatkan aku,abah dan kakcik. Maka tidak banyak gelaran yang boleh kami berikan ( sila rujuk post lama, kalau takpaham )

Serious weh, like seriously and literally banyak gila kebabommm motor di HCM berbanding kereta. Major kereta pun adalah teksi atau kenderaan syarikat travel agents.

Apa yang buat aku tertarik ialah sikap mereka yang masing-masing sangat sangat tenang di jalan raya. Jika diperhatikan tiada sebarang emosi bermain di jalan raya. Sungguh tenang.


Seperti dalam catatan buku nota : Motor - Care free, Special lane, 4 people


Disebabkan terlalu banyak kebabommm motor di jalan raya, para penunggang disediakan lane khas untuk mereka. Dari 3 lane, 2 lane milik penunggang motorsikal. Lane kereta dan motor dipisahkan dengan divider jalan. Ketika dalam kereta travel agent, jujur aku kata, termangu seketika kerana kejutan budaya gamaknya.

Memang standard satu motor ditunggangi oleh 4 manusia. To the extend, 3 dewasa dan 1 kanak-kanak. Compact betul. Tapi memang betul steady. It's a norm for them.

Kampung Melayu

Selalu kita dengar China Town je kan? Ini tidak, di HCM ada Kampung Melayu. Serious ramai pelancong dari Malaysia yang turun ke sini. Hotel pun nama standard Melayu.

Makcik legend

Untuk makan malam, kami bersantap di kedai Halal @ Saigon. Untuk pengetahuan anda, Saigon adalah nama HCM sebelum mereka merdeka dari jajahan Amerika.

Nak dijadikan cerita, pada dinding di kedai tersebut terdapat gambar suasana HCM. Yang menarik perhatian ialah gambar makcik tua yang sedang menjual kerang bakar gitu. Dari gaya gambar, macam dah lama, tapi menurut guide kami, Hang, makcik tu masih aktif menjual di lorong Ben Thanh. Ben Thanh market ni macam ala pasar malam yang kopem kopem pelancong datang untuk memborong membeli menawar barang barang.

Surprisingly, kami jumpa makcik berkenaan. Muka sumpah sama macam dalam gambar as macam tak tua tua pun.

Nak beli apa yang dijual, tapi akibat kekenyangan melampau, kami mampu ambil gambar sahaja.

Kedai Compact 2 Tingkat

Seusai makan malam, kami berjalan di Ben Thanh market. Jujur aku cakap sungguh warna warni kawasan ni. Dari barang-barang yang dijual sehingga various pelancong yang datang dari pelusuk dunia.

Majority backpackers la, yang ada gaya gaya hipster gitu.

Kakak aku pernah bagi tau, kalau backpackers, depa tak bawak baju pun, sampai satu destinasi, malam tu depa pi borong baju yang murah murah tu. Macam I <3 Vietnam ke, senang cerita pakaian depa blasah beli time tu gak.

Ini tips untuk aku yang bakal berbackpacking satu hari nanti. Entoh bila.

Oh ye, pasal kedai tu, tak rare mana pun, cuma infrastructure dia lain macam sebab kedai kecik gila, compact tapi buat 2 tingkat. So lain dari yang lain.

Van Coffee Shop

Dalam catatan buku nota cuma aku catat : Hipster. Maka itu saja aku boleh berikan.

Sebenarnya post ni agak terlewat gara gara busy dengan kehidupan Uni, dah lama sangat tertunda sampai buku catatan yang aku bawa ke Vietnam, dah misplaced.

So aku update just based on gambar gambar yang diambil.


 Ini negara jajahan Amerika, maka pemandu berada di sebelah kanan 


Untung ada travel guide ni, semua sejarah diceritakannya



Nampak gambar dalam frame tu?
Itu pakcik Ho Chi Minh
Percaya tak percaya, ini pejabat pos mereka, seriously cantikkk


Charlie's Angles In Vietnam


Kebetulan Church kat depan tengah bagi ceramah, maka ramailah penganut khusyuk mendengar

Ini macam tugu negara depa
Ignore kanak kanak riang di bawah itu


Ha, ini gambar yang aku kata makcik legend, kiri gambar kat kedai, kanan gambar real life



Sebagai student Food Biotech, aku sangat tertarik dengan packaging Dutch Lady di Vietnam
Ha, tekalah mana satu full cream, low fat and fresh 


Ini kedai compact 2 tingkat


Ini dia kampung Melayuuuuu


Ramai gilaaa tourists


Ada dua kemungkinan,
1) Air limau ais ni sangat hebat, sampai kene letak "The Limau Ais"
2) Auto correct dalam Word

Aku pilih no 1
Haha


Hipster Coffee Shop





No comments:

Post a Comment