Thursday, September 5, 2013

Of PSP, 4flat and Korea

Plan nak breakfast dengan member lama, seri, afiq, nae dan daus terpaksa tunda gara-gara hujan.

Haish.

Sebab korang la aku mandi awal.



Semalam tengahari sedang aku gigih lipat kain, umi hantar muqry sekolah, abah berdialog dengan aku

"Kak, you dah lunch belum?"

"Belum"

"Umi ada masak?"

"Masak nasi je"

"Nak makan luar tak?"

"Boleeeeeee sangat"

"Nak makan apa?"

"Nasi ayam traffic light and then boleh tak kita pi masukkan duit raya I kat Tabung Haji?"

"Hmm, boleh gak, I pun nak buat alignment tayar kereta you, semalam service kereta pesona dengan Ah Cai , dia tak de alat untuk setting alignment tayar so kene buat kat rawang"


Masa sambut awal syawal, aku jealous tengok adik aku main PSP, jadi hajatnya kalau cukup duit raya mahu beli PSP sendiri.

Namun hajat tidak kesampaian apabila dapat result sem 2 kali ini yang jatuh sedikit. Maka dipasang azam untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan 4 flat.

Plan awal hendak disimpan dalam bank Islam sahaja duit raya kali ini, tapi pabila difikirkan kadar dividen tabung haji yang berpatutan, baik disimpan dalam TH, cukup bulan dapat dividen baaaaaaikk punnyaaaaa.


Buat deal dengan abah,

"Abah, kalau I dapat 4 flat, nak cuti pi Korea boleh tak?"

Abah senyum sinis. Tidak pasti untuk bersetuju atau tidak.



Semalam ke Rawang tidak bersama umi, katanya banyak lagi kain perlu dilipat. Ibu mithalilah katakan.

Sebelum gerak ke Rawang, umi berdialog

"Kak, kasut purple you, selesa lah"

Gambar hiasan

Ha sudah, mak aku suka pulak crocs purple gabak aku. Crocs aku lagi cantik dari gambar di atas, warna Lakers. Purple dan kuning. Malang sekali Muqry kata aku kelihatan seperti badut apabila memakainya. 



AAA1013 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH
ADA2012 AKIDAH ISLAM
MGA1023 PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN
SBP2013 PRINSIP SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
SBP2023 KIMIA MAKANAN
SSS2022 SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS
UTK2012 PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH



Tak sabar nak mula semester baru.
Tak sabar nak family day dengan satu keluarga Food Biotech.
Tak sabar nak main Netball untuk Open UM.


Akhir sekali tak sabar nak kejar 4 flat dan pergi Koreaaaaaaa.


Post yang paling random pernah aku tulis.


Konon layan hujan blues.


Layan punya layan, akhirnya aku lepas level Survival Plants Vs Zombie.



A'ah aku dah 20 dan masih main game kanak-kanak.







No comments:

Post a Comment