Monday, October 21, 2013

Bertapa Di Negara Komunis : Vietnam #2


Disenchanted – MCR #np

Sebenarnya masa mula mula abah bagitau yang kita akan ada oversea trip, abah nak pergi Guilin, China. Aku ikut je, sebab yelah, aku bukan ada apa apa sumbangan dalam trip ni pun. Maka ikut je la orang nak bawa ke mana.

Tapi sebab jadual cuti aku yang berterabur hari tu, tarikh ke Guilin tak kene dengan cuti aku. So option lain abah pilih Vietnam. Jujur aku kata, aku lagi suka. Haha.

Kenapa kau tanya?

Sebab aku peminat setia Variety Show Running Man, dan hari tu crew Running Man, ada buat episode di Vietnam HCM dan Hanoi. Konon macam menjejaki footprints diaorang. Ceh.

Sebelum ni, Running Man ada juga ke Hong Kong, jadi setiap detik aku di Hong Kong hari tu, buat aku tergelak sorang sorang sebab teringat gelagat Running Man.

Cuma kebetulan je.

Hasil pertapaan aku hari kedua di HCM penuh dengan kisah sejarah. Abah memang suka benda benda macam ni.

Tunnel Chu Chi

Kalau nak diceritakan sejarah detail berkenaan terowong ini, mahu berjela. Tapi basically dia macam ni la
-          Perang Vietnam, ketika Perang Dingin (ingat dulu sejarah ada belajar kan)

-          Vietnam Vs Siapa? Dia ada 2 pihak Vietnam Utara dan Vietnam Selatan

-          Yang Utara gengnya negara Cina dan Kesatuan Soviet, yang selatan gengnya Amerika, NZ dan Korea Selatan

-          Yang menang , surprisingly Vietnam Utara.

Aku pun kagum dgn Vietnam Utara boleh menang dengan Amerika, salah satu faktor sebab terowong ni juga lah. Boleh katakana genius tentera Vietnam Utara ni.

Apa tujuan terowong?

Sebagai tempat perlindungan dan kawasan tentera VU (Vietnam Utara) membuat persediaan.
Jangan ingat terowong ni tinggi, rendah je, dalam 70-80 cm je, so kalau nak masuk, memang kene bongkok, itupun sempit lagi. Iyalah zaman dulu, depa depa ni korek manual je kot.

Yang bernas nye terowong ni, bukan straight je, dia banyak jalan, dan banyak juga dead end bagi mengelirukan tentera AS.

Terowong ni gak akan lead kan ke safe house VU , yang mana kat situ lah penduduk kampung masak dan merawat .

Sistem pengudaraan pun ada kau tau, time aku dengar penjelasan dari Hang, aku serious speechless dengan taktik tentera VU ni.

Antara teknik ketenteraan yang pada aku bernas kebabomm

-          Booby Trap, ada gambar kat bawah, nanti kome tengok

-          Selipar/Kasut Bercelaru, kan kalau kita jalan akan tinggal kesan tapak kasut so nanti musuh boleh tau lokasi kita,so kasut bercelaru ni telah dimodifidekan bentuk selipar yang kanan belah depan dan yang kiri belah belakang. So musuh akan konfius dengan jejak kita. Brilliant woii.

-          Peluru Recycle, tentera VU tak banyak modal, so depa kutip je sisa sisa tentera AS punya peluru dan cairkan buat peluru baru and lagi powerrr


Haa ini salah satu pintu masuk terowong
Sumpah kecil weh


Ni salah satu trap yg tentera VU
Sakit sakit
Menderita tentera AS, Hang kata, they die slowly because of this
perghhh macam cite Saw


 Hang kata kat Vietnam pun ada durian


Abah konon nak jadi tentera


Kakcik berjaya masuk team tentera 


Pew pew pew - Abah


Kan aku dah kata kecil, ini pun pihak sana modified kasi tourist boleh masuk, kalau tak lagiiiii rendah


Oh ini hotel yg kami duduk

Lepas lunch kami ke Gudang Jualan Telekung. 
Vietnam memang popular dengan jualan baju kurung, kain, dan telekung yang murah tahap macam kau nak borong 50 pasang untuk kau sorang.

Baju kurung RM25 siap manik bling bling weh
Kain sutera RM35 je, boleh buat stok kain baju raya 7 tahun
Telekung RM30, tapi kat KL jual beratus ratus

Destinasi kedua di Muzium Vietnam, maka di sini bersambung lagi sejarah Vietnam War.

Kat sini, banyak cerita pasal kesan selepas perang tu, apa jadi dengan tahanan semua.
Menyayat hati kot. Tapi ramai gak tourist Amerika yang datang, aku tak tau apa perasaan dieorang bila tengok tentera tentera dieorang gak yg kejam gila time perang.

Pastu kata kita yg Islam ni terrorist. Geram.

Destinasi ketiga ke bangunan Parlimen kot, aku pun tak pasti, tapi macam Rumah Rasmi President la juga kot.

Time ni aku dah penat gila sampai rasa nak pengsan pun ada, so aku ignore semua apa Hang explain.

Abah masih khusyuk.

Kakcik setia amik gambar.

Aku cari mana mana kipas or aircond yang ada.


Suhu Vietnam sama je macam Malaysia, panas lembab, tapi selalu hujan sekejap. Aku panggil hujan bersin.
Sikit dia punya hujan macam langit tu bersin je.

Destinasi Akhir Water Puppet Show

Haaa, yang ini kalau yang tengok episode RM Vietnam, depa dapat mission from water puppet show ni lah.
Dia macam ala wayang kulit kita, tapi dia guna puppet dan ada air. Memang power.

Ada dalam 1 jam lebih lebih show dia. Best best.

Malam tu, dinner kat kedai tak mana aku ingat, tapi apa yang aku ingat that night was my first purchase in Vietnam.

Aku bukan jenis shopping sangat, tapi kalau sampai part beli makanan, aku memang laju.

Maka, first purchase aku adalah Roti Canai Pisang dengan sos cokelat. Nak aku gambarkan kesedapan dia  , MasyaAllah, nikmat gilaaaaa.

Pakcik yang buat tu, orang Malaysia gak, Batang Kali je pun, haha, dekat dah Rawang tu.

Pakcik tu duk 5 tahun dah, bujang lagi. Tapi bisnes boleh tahan la sebab orang Vietnam ni pun boleh tahan suka roti canai, yang best, sorang order 3. Steady betul.


Borong jangan tak borong


Serba sedikit tentang sejarah



Abah ada tanduk 


Water Puppet Show



Sekian kot, untuk hasil pertapaan hari kedua. Kira cukup rajin la aku nak update.


1 comment: