Saturday, June 8, 2013

Review Zombijaya keluaran BUKU FIXI



Sinopsis – bukan dari buku

Nipis, Sofia, Kamarul, Alif dan Ana satu geng. Malam menyambut tahun baru mereka ke Sunway untuk meraikannya. Namun apa yang mereka tidak sedar, salah seorang daripada mereka telah terkena virus zombie. Maka merebaklah wabak ini ke kawasan Lembah Klang dan seterusnya ke seluruh negara. Nipis percaya bahawa di Putrajaya terdapat satu safe house di mana kerajaan telah bekerjasama dengan pihak US sekiranya Singapore mengebom Malaysia. Apabila Malaysia menjadi Zombijaya, nilai kemanusiaan sudah tidak diendahkan, hidup atau mati, itu sahaja yang penting.

Plot

Disebabkan ini first time aku baca buku keluaran buku FIXI aku tak tau nak expect apa. In the end aku puas hatilah. Lagipun ini first time juga aku baca buku indie. Buku indie ni dia lain sikit. Tiada tapisan perkataan langsung. Segala-galanya open. Baru realiti. Disebabkan setting buku ini di Malaysia so aku dapat relate kan dengan setiap bab. Serious baca Zombijaya buat aku tak belajar satu hari walaupun minggu study week.

Watak

Aku suka watak-watak yang digunakan dalam Zombijaya. Watak utama yang paling aku suka Nipis. Dia mat rempit kerja hantar pizza. Perangai dia memang pelik. Cara dia berfikir lagi pelik. Watak sampingan seperti Azman, polis yang biasa ambil rasuah. Taylor yang atheist berfikir untuk beragama setelah mengalami nereka dunia ini. Alif yang curang pada pasangannya. Watak-watak yang membawa mesej mendalam.

Overall

Aku suka jalan cerita dia. Bahasa yang mudah difahami. Duhh, guna bahasa melayu mestilah faham. Tak, maksud aku penggunaan perkataan yang simple dan tak meleret. Straight to the point. Sampaikan bila dah habis baca, aku rasa nak ada sequel kepada buku itu, boleh kupas rahsia Putrajaya menyimpan rahsia Penghempasan UFO.



Aku tak reti sangat nak komen pasal buku, sebab aku pun tak pernah keluarkan buku. Tapi memang dalam wish list aku, aku nak keluarkan satu buku BI, satu buku BM. Tapi bukan novel. Tengoklah nanti, kalau korang ada pergi MPH, Kinokuniya ke, nampak penulis buku, Fairus Abdul Manaf, beli la satu. Support member.


Dalam list 13 for 2013 aku, salah satunya, 3 English novel read, aku baru settle dua, 1) Anneyy,Teh Tarik Kaww Wunne, A Malaysian Smorgasbord  2)Busy Women Seeks Wife dan kini aku sedang baca 3) The Further Adventures of an Idiot Abroad

Aku kalau pergi kedai buku, aku suka pergi bahagian buku English yang ditulis oleh penulis tempatan. Sebab aku suka cerita pasal perpaduan negara, unity. Pastu aku akan merayau ke bahagian Travel. Saje tengok negara-negara yang mungkin aku pergi. Pastu aku pergi bahagian buku Indie, baca synopsis gelak sorang-sorang.

Aku juga akan pergi bahagian science fiction. Best. Then baru merayau bahagian lain. Mana tau terserempak dengan member, boleh ajak minum.


Minggu depan aku final exam, doakan.

No comments:

Post a Comment